1. Merancang dan
mengajar mata pelajaran antara 6 – 8 waktu seminggu.
2. Merancang dan melaksanakan dasar dan program
tahunan Pusat Sumber Sekolah.
3. Merancang dan mengurus belanjawan tahunan
Pusat Sumber Sekolah.
4. Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi
yang komprehensif , seimbang dan kemas kini.
5. Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran
Maklumat dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran .
6. Merancang dan mengurus program pembacaan (
Program NILAM ) dan pembudayaan ilmu.
7. Merancang , melaksana dan menyelaras program
pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan pusat sumber
sekolah.
8. Merancang dan mengurus program promosi Pusat
Sumber Sekolah.
9. Bekerjasama dengan guru-guru dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber secara kolaboratif.
10. Berhubung dan bekerjasama dengan BTPN / PKG
/ Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan promosi pusat sumber
sekolah.
11. Menyelia dan mengurus bahan-bahan pusat
sumber sekolah.
12. Menyelia dan mengedar minit mesyuarat JK
Induk / Kerja pusat sumber sekolah.
13. Memantau dan mengawal seliaan pelaksanaan
program pusat sumber sekolah.
14. Melaksanakan tugas semakan stok dan
inventori peralatan pusat sumber sekolah.
15. Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Pusat
Sumber Sekolah Negeri.
16. Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan
berhubung dengan perkhidmatan pusat sumber sekolah.
17. Menyediakan laporan serta analisis
pelaksanaan pembangunan, pengurusan program dan aktiviti serta kewangan pusat
sumber sekolah.
18. Menghantar data dan laporan pelaksanaan
Program Pusat Sumber dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan BTPN.
19. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan
oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa.
No comments:
Post a Comment