Saturday, 20 August 2016

JAWATANKUASA KERJA KECIL

CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA KERJA KECIL
PSS SK (FELDA) SERTING


2016

Pengerusi Perkembangan Staff (LDP) /
 Bilik Kaunseling

Pn Rohaya bt Munjiaf
Pengerusi Pengurusan BBM
Pn Rosani bt Talib
Pengerusi Kajian Tindakan (PSS)
Pn Mazni Shuhada bt Mat Salleh
Dokumentasi (Foto)
En Baharim b Adnan
En Zuranizam b Abd Rahman
Pengerusi Buletin PSS
En Mohd Fazil b Hamid
Web Master Blog PSS / Sekolah
En Nik Azrie b Nik Hussin
Pengerusi Program NILAM
Pn Noraliza bt Yazid (BM)
Pn Rafidah bt Rasidi (BI)
Pembangunan IT
En Mohd Amirul Asyraf b Mohd
Pengerusi MBMMBI
En Mohd Azri b Ali
Pengerusi SALC
Pn Rahimah bt Ismail
Bilik Mesyuarat / Bilik Gerakan
Pn Masni bt Mohamed Usoh
Bilik Sains
Pn Suriani bt Sopno
Bilik Muzik
Pn Noraliza bt Yahid
Bilik Pendidikan Seni
En Baharim b Adnan
Bilik Guru
Pn Siti Nor Suhadah bt Mohmad
Bengkel Kemahiran Hidup
En Mohd Fairus b Mazlan
Surau
Pn Zaridah bt Alias
Bilik j-QAF
Pn Umaimunah bt Md Yusof
Bilik Alatan Sukan
En Hamizan b Abd Hamid
Bilik Pemulihan
Pn Sefiah bt Tahir
Bilik Rawatan
Pn Siti Nor Suhadah bt Mohmad
Bilik Peperiksaan
Pn Norsiah bt Atan

SENARAI TUGAS PENGAWAS PSS


1.            Membantu dalam pengedaran bahan buku (peminjaman dan pemulangan).

2.            Membantu dalam penyusunan bahan-bahan di rak dan lain-lain.

3.           Menyimpan dan menyusun bahan-bahan yang telah digunakan oleh para
       pengguna ke tempat asal.

4.            Menjaga kebersihan PSS termasuk tugas kemas-mengemas.

5.            Membantu melakukan kerja memproses bahan-bahan seperti memproses
        bahan, cop hak milik dan sebagainya.

6.           Membantu dalam penyemakan buku-buku, majalah, akhbar yang diterima
       daripada pembekal.

7.            Membantu menguruskan fail tegak/buku skrap.

8.         Membantu menguruskan alat pandang dengar termasuk perkakasan dan bahan
      perisian.

9.            Membantu mempromosikan PSS.

10.         Seranta dan mewujudkan perhubungan dengan para pengguna.

11.          Membantu pelanggan dalam penggunaan PSS.

12.         Membantu membaikpulih bahan-bahan rosak.

13.         Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru PSS.



SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH


          Sekolah Kebangsaan Serting (FELDA) telah ditubuhkan pada 1 Januari 1983 mengikut surat bil(63) dlm. JPNS P/3691. Tarikh ini merupakan detik sejarah yang tidak dapat dilupakan oleh masyarakat Felda Gugusan Serting khususnya peneroka-peneroka yang baru menduduki tanah Felda ini.

          Pada awal penubuhannya, sekolah ini hanya mempunyai bangunan sementara iaitu terdiri dari 6 buah rumah peneroka di atas keluasan lebih kurang 7 ekar tanah. Walaupun keadaan dan suasana bilik darjah yang kurang selesa tetapi masyarakat di sini tetap bersyukur sekurang-kurangnya anak-anak mereka masih mempunyai tempat untuk menimba ilmu.

          Encik Abu Hassan bin Sidik, telah mendaftarkan diri selaku peneraju pertama (Guru Besar SK. Serting Felda) pada 1 Januari 1983. Beliau merupakan anak jati Negeri Sembilan, yang dilahirkan pada tahun 1943 di Kg. Perahu, Kuala Pilah. Mendapat pendidikan formal hingga ke peringkat ’Federation Malaya Certificate (FMC)’ dan seterusnya mendapat Sijil Perguruan (DTC Kuala Lumpur) pada tahun 1965. Beliau berpengalaman mengajar di beberapa buah sekolah di sekitar Kuala Pilah dan Rembau, Negeri Sembilan.

          Sekolah ini mula beroperasi dengan jumlah gurunya seramai 4 orang sahaja termasuk seorang guru agama dengan bilangan murid seramai 35 orang yang telah mendaftarkan diri pada 3 Januari 1983 seperti berikut:
                                    Darjah 1           -        15 orang
                                    Darjah 2           -         8 orang
                                    Darjah 3           -         6 orang
                                    Darjah 4          -         3 orang
    Darjah 5          -         2 orang
                                    Darjah 6           -         1 orang
                                    Jumlah             -         35 orang

          Guru Besar ketika itu, terpaksa berunding dan meminta kerjasama dari sekolah Kebangsaan Sg. Lui untuk mendapatkan sedikit perabot.
                                                                            
          Pada tahun 1984 jumlah murid mula bertambah menjadi 315 orang dan seramai 7 orang tenaga pengajar. Dari tahun ke tahun sekolah ini mula berkembang dari segi bilangan murid dan guru, sehinggalah pada tahun 1987 di mana bilangan murid-muridnya mencecah kepada 1 161 orang dan guru pula seramai 39 orang. Peningkatan yang paling ketara sekali ialah pada tahun 1989,  murid-murid sekolah bertambah kepada 1 713 orang dan jumlah tenaga pengajar seramai 59 orang. Keadaan ini memaksa pihak sekolah mengadakan dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan petang.
          Pada tahun 1988, sekolah ini berasa amat bertuah kerana sebuah bangunan tiga tingkat telah mula dibina untuk menampung pertambahan murid dan juga bilik-bilik khas yang diperlukan. Malangnya semasa proses pembinaan bangunan ini yang separuh siap itu, terpaksa pula diruntuhkan kerana tidak menepati ’standard piawaian’ yang ditetapkan.

          Pihak Felda juga telah berusaha untuk memberi keselesaan kepada warga sekolah dan anak-anak didik di sini, di mana sebuah bangunan baru yang mengandungi 6 buah bilik darjah dibina pada tahun 1989. Pada tahun yang sama murid-murid sekolah ini telah dipecahkan kepada dua buah sekolah yang baru dibuka iaitu Sek.Keb.Serting 3 (Felda) dan Sek.Keb.Bandar Baru Serting yang letaknya lebih kurang 1 hingga 2 kilometer sahaja di antara satu sama lain.

          Sementara itu, bangunan baru tiga tingkat yang dibina pada tahun 1988 hanya dapat diduduki pada sesi persekolahan 1990/91.

          Awal  sesi persekolahan 1990, Encik Abu Hassan bin Sidik selaku Guru Besar yang pertama telah bertukar dan diganti pula oleh Tuan Haji Abd. Majid bin Ujang, yang telah mendaftarkan diri pada 2 Januari 1990 melalui surat Bil.(193) dlm. JPNS. Beliau meneruskan usaha-usaha untuk mengatasi apa sahaja masalah di samping meningkatkan kemajuan di sekolah ini bersama-sama warga sekolah yang lain.

          Tuan Haji Abd. Majid bin Ujang bertugas dan memikul tanggungjawab sebagai Guru Besar di sekolah ini selama 2 tahun lebih sahaja. Kemudian beliau diganti pula oleh Puan Fatimah bt. Sihi yang telah mendaftarkan diri pada 16 September 1992. Beliau yang berkelulusan STP di peringkat sekolah dan berjaya mendapatkan Diploma Pengurusan Pendidikan pada 1995/96 telah melakukan banyak perubahan dan kemajuan di  sekolah ini. Sebelum bertugas sebagai Guru Besar di sekolah ini, beliau pernah bertugas sebagai Guru Penolong, GPK HEM dan Guru Besar di sekolah-sekolah dalam Negeri Sembilan.

          Semasa sekolah ini di bawah pentadbiran beliau selama 8 tahun, berbagai dugaan dan cabaran yang dilalui tetapi berkat usaha dan kecekalan beliau bersama guru-guru dan kakitangan sekolah ini, tahun demi tahun sekolah ini mula mengorak langkah dan kejayaan demi kejayaan dicapai, baik di bidang akademik mahu pun bukan akademik. Boleh dikatakan kawasan sekolah yang kosong dan kurang terurus kini bertukar menjadi taman-taman ilmu yang cantik dan amat bermakna sekali dalam membantu kepada proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid dan guru-guru di sekolah ini. Semua bilik-bilik khas terus dimantapkan dengan keceriaan dan kreativiti warga sekolah atas sokongan dan kerjasama beliau, PIBG, pihak pengurusan Felda, unit-unit khas di daerah ini, Wakil Rakyat dan masyarakat setempat. Kesungguhan, daya usaha dan kreativiti terbongkar dari urat nadi semua guru di bawah pentadbirannya.

         
Pada 3 Januari 2001, Encik Kamarol Zaman bin Othman pula telah melapor diri menggantikan Pn. Fatimah bt. Sihi. Kini tugas beliau pula meneruskan kecemerlangan SKSF. Hasilnya SKSF berjaya dinobatkan tempat Ke – 3 Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan (AKMP) pada tahun 2005 dalam kategori Sekolah Rendah Luar Bandar.

          Tunggak pentadbiran bertukar lagi pada tahun 2005, di mana Pn. Kamariah bt. Yazid tiba membawa semangat dan perjuangan yang tiada penghujungnya. Segala rancangan dimantapkan dan berlansung dengan pesat.


          Pn. Kamariah bt. Yazid tidak lama di SKSF. Pada tahun 2007, peneraju digantikan pula oleh Pn. Hjh. Noraini bt. Ahmad. Kini beliaulah yang akan meneruskan perjuangan dan berganding bahu dengan seluruh warga sekolah ini untuk terus maju dan berjaya dalam bidang akademik dan bukan akademik, demi agama bangsa dan negara tercinta.


Hasilnya, pelbagai kejayaan dikecapi oleh pihak sekolah bukan sahaja di peringkat negeri malahan juga di peringkat kebangsaan. Antaranya, anugerah tempat kedua Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2008 kategori Sekolah Rendah Luar Bandar, Anugerah Pusat Sumber Terbilang Peringkat Negeri Sembilan 2008, Anugerah Pejabat dan Bilik Guru Terbilang Negeri Sembilan 2008 dan Anugerah Kokurikulum Terbilang Negeri Sembilan 2008, sempena Hari Kualiti Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan yang diadakan pada 16 Disember 2008 yang lalu. Tahniah kepada semua warga sekolah. 

PROFIL PSS


SK (FELDA) SERTING,
72120 BANDAR SERI JEMPOL,
NEGERI SEMBILAN.

TEL : 06-4581533
FAX : 06-4585845

EMEL : NBA6017@moe.edu.my

www.sksertingfelda.blogspot.my

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA INDUK

1.             Merancang kewujudan PSS dan merangka peranan, kepentingan dan strategi perkembangannya.

2.            Menentukan sumber kewangan PSS.

3.            Mengagih dan menyelaraskan peruntukan dalam pembelian bahan-bahan PSS seperti bahan cetak (buku dan lain-lain), media teknologi dan bahan-bahan bantu mengajar/ belajar.

4.            Melakukan anggaran perbelanjaan mengurus PSS yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kerja.

5.            Bertanggungjawab dalam pengurusan penggunaan. Contohnya: menentukan jadual tugas, jadual waktu penggunaan PSS, peruntukan masa pinjaman dan lain-lain

6.            Merangka strategi perkembangan PSS iaitu membuat unjuran mengenai keperluan-keperluan di masa akan datang. Contoh-contohnya: keperluan fizikal, keperluan bahan-bahan dan kegiatan-kegiatan lain seperti pameran dan sebagainya.


7.            Merancang untuk mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak tertentu dalam bentuk moral dan material. Contohnya: wang tunai, buku-buku, bahan bantu mengajar, bahan media teknologi, kepakaran tertentu dan sebagainya.

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KERJA

1.            Bertanggungjawab kepada Guru Besar / Pengetua.

2.         Merancang pembangunan sumber manusia PSS dan mengemukakannya kepada Jawatankuasa Induk PSS.

3.           Mengawal selia dan menyelaras perbelanjaan dan rekod kewangan/stok PSS.

4.            Mewujudkan hubungan yang baik dengan Agensi luar seperti PSPN, BTP dan lain-lain supaya memperoleh pengetahuan yang terkini.

5.            Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja.

6.            Merangka Program Lima Tahun PSS bersama AJK PSS.

7.            Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar / Pengetua.


8.            Memilih dan melantik Guru-guru PSS bersama Setiausaha.

VISI DAN MISI SEKOLAH

Friday, 19 August 2016

JAWATANKUASA KERJA PSS

JAWATANKUASA INDUK PSS

CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK PSS
SK (FELDA) SERTING
2016

PENASIHAT :
PN HAJAH SUMIATI BT MOHD ESA
(Guru Besar)

PENGERUSI :
PN HAJAH SITI SALMIAH BT JAMALUDIN
(Guru Penolong Kanan Kurikulum)

NAIB PENGERUSI 1 :
EN ALIYAS B IDRIS
(Guru penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

PENGERUSI 2 :
PN NORBAYA BT DOLAH
(Guru penolong Kanan Kokurikulum)

SETIAUSAHA :
PN MAZNI SHUHADA BT MAT SALLEH
(Guru perpustakaan dan Media)

AHLI JAWATANKUASA :
EN. MOHD AZRI B. ALI (KP BAHASA MELAYU)                           
PN. RAHIMAH BT. ISMAIL (KP BAHASA INGGERIS )
PN. SITI SHARAH BT SANI (KP MATEMATIK )                              
PN. FAZILAH BT ISHAK (KP SAINS)
EN. NASARUDIN B MUSA (KP PEND. ISLAM )
PN. UMAIMUNAH BT MD YUSOF (KP J-QAF)
EN. MUHAMMAD FAIRUS B MAZLAN (KP RBT)
PN. NAPISAH BT. JUMAT (KP SEJARAH)
EN. HAMDAN B YUSOFF (KP TMK)                             
PN. NORALIZA BT YAHID (KP PEND. MUZIK )
EN. BAHARIM B ADNAN (KP PEND. SENI VISUAL/DUNIA SENI VISUAL)   
EN.  HAMIZAN B ABD HAMID (KP PEND. JASMANI &  KESIHATAN )

JAWATAN KUASA KERJA PSS

JAWATANKUASA KERJA PSS
SK (FELDA) SERTING
2016

PENASIHAT :
PN HAJAH SUMIATI BT MOHD ESA
(Guru Besar)

PENGERUSI :
PN HAJAH SITI SALMIAH BT JAMALUDIN
(Guru Penolong Kanan Kurikulum)

NAIB PENGERUSI 1 :
EN ALIYAS B IDRIS
(Guru penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

PENGERUSI 2 :
PN NORBAYA BT DOLAH
(Guru penolong Kanan Kokurikulum)

SETIAUSAHA :
PN MAZNI SHUHADA BT MAT SALLEH

(Guru perpustakaan dan Media)

NAIB SETIAUSAHA :
EN ZURANIZAM B ABD RAHMAN

PERPUSTAKAAN :
PN NORAINI BT MAHASSAN

BILIK APD :
EN BAHARIM B ADNAN

BILIK BBM :
PN ROSANI BT TALIB

ICT / MAKMAL KOMPUTER :
EN  MOHD AMIRUL ASYRAF B MOHD

PROGRAM NILAM :
PN NORALIZA BT YAHID (BM)
PN RAFIDAH BT RASIDI (BI)

JAWATANKUASA PROGRAM NILAM

JAWATANKUASA PENGAWAS PSS

JAWATANKUASA PENGAWAS PUSAT SUMBER SESI 2016

Penasihat:  Pn Hjh Sumiati bt Mohd Esa (Guru Besar)
Pengerusi: Pn Mazni Shuhada bt Mat Salleh (Guru Perpustakaan dan Media)
Guru Pembimbing 1: Pn Noraini bt Mahassan
Guru Pembimbing 2: Pn Roslina bt Ismail
Ketua Pengawas PSS: Nur Shahirah Husna bt Shaiful Baharin
Penolong Ketua Pengawas PSS: Muhammad Afiq Danial b Md Nazri
Setiausaha: Siti Salihah bt Kamarul
Naib Setiausaha : Amdania Irdina bt Mohd Amar
Bendahari: Siti Nursyahida bt Mohd Fauzal
Biro Keceriaan : Halimatus Saadiah bt Mohd Razib
Biro NILAM : Nur Emylia Najiha bt Mohd Rosli
Biro Disiplin : Nor Syahidah bt Mohd Rashid
Biro Bahan Sumber : Muhd Luqman Fitri b Mohd Yusoff
Biro Sirkulasi : Raja Alifnur b Raja Aznil
Biro Promosi : Nur Shaidatul Atirah bt Pairud
AJK
Muhammad Luqman Fitri b Mohd Yusoff,
Raja Alif Nur b Raja Aznil,
Natasha Amelinda bt Norsyam,
Norhaslam b Abdullah,
Nur Wani Husna bt Hamidon,
Muhammad Aqil Rafiq b Md Nazri,
Mardhiah Syauqina bt Mohd Sukri,
Putra Muhammad Ridzwan b Mohd Johan.


SENARAI TUGAS GPM

1. Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 – 8 waktu seminggu.
2. Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah.
3. Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber Sekolah.
4. Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif , seimbang dan kemas kini.
5. Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran .
6. Merancang dan mengurus program pembacaan ( Program NILAM ) dan pembudayaan ilmu.
7. Merancang , melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan pusat sumber sekolah.
8. Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah.
9. Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber secara kolaboratif.
10. Berhubung dan bekerjasama dengan BTPN / PKG / Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan promosi pusat sumber sekolah. 
11. Menyelia dan mengurus bahan-bahan pusat sumber sekolah.
12. Menyelia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk / Kerja pusat sumber sekolah.
13. Memantau dan mengawal seliaan pelaksanaan program pusat sumber sekolah.
14. Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan pusat sumber sekolah.
15. Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Pusat Sumber Sekolah Negeri.
16. Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan pusat sumber sekolah.
17. Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan program dan aktiviti serta kewangan pusat sumber sekolah.
18. Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan BTPN.
19. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa.

SENARAI TUGAS J/K INDUK

SENARAI TUGAS J/K KERJA

FAIL MEJA DAN FAIL KUASA

RANCANGAN TAHUNAN

JADUAL DAN PERATURAN


A. Disiplin

1. Pelajar diminta senyap apabila memasuki perpustakaan.
2. Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku.
3. Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam Perpustakaan.
4. Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS.
5. Pelajar dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter.
6. Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan.
7. Pelajar tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran.
8. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
9. Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar perpustakaan di tempat yang disediakan.

B. Bahan-bahan Perpustakaan

1. Pelajar mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, diconteng atau dirosakkan.
2. Akhbar atau majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari Perpustakaan.
3. Buku-buku yang selesai digunakan hendaklah diletakkan di tempat disediakan.

C. Pakaian

1. Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam perpustakaan.
2. Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke Perpustakaan.

Peringatan : Tindakan boleh diambil pada pelajar-pelajar yang melanggar Peraturan Perpustakaan.




KELAYAKAN PEMINJAM DAN JUMLAH PINJAMAN

STAFF :

Guru dan Pekerja

 Maksimum 4 buah buku - sekali pinjam


PENGAWAS PSS / PENGAWAS SEKOLAH / 
PELAJAR BIASA


Pengawas PSS

Maksimum 4 buah buku - sekali pinjam


Pengawas Sekolah dan Pelajar Tahun 1-6 :


Maksimum 3 buah buku - sekali pinjam


TEMPOH PINJAMAN

Buku rak tertutup - sehari
Buku rak terbuka - 2 minggu
Majalah – baca di perpustakaan sahaja.


SELAMAT DATANG KE PUSAT SUMBER SK SERTING (F).
PASTIKAN ANDA MENGIKUT JADUAL PENGGUNAAN PUSAT SUMBER
YANG TELAH DISEDIAKAN. SILA BAWA BERSAMA BUKU NILAM SETIAP KALI ANDA MASUK KE PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS).


WAKTU OPERASI PSS

TAHAP
WAKTU REHAT
ISNIN –KHAMIS
JUMAAT
TAHAP 1
10.05 – 10.25 PAGI
7.35 – 1.00 TENGAH HARI
7.35 – 11.55 PAGI
TAHAP 2
10.35- 10.55 PAGI


                                WAKTU PINJAMAN BUKU
                                     MENGIKUT KELAS

HARI
TAHAP 1
TAHAP 2
ISNIN
-
-
SELASA
TAHUN 1
TAHUN 6
RABU
TAHUN 2
TAHUN 5
KHAMIS
TAHUN3
TAHUN 4
JUMAAT
-
-